Arini nak kongsi satu resepi puding yg dicedok dari facebook. Actually resepi puding ni sama je lebih kurang tp disebabkan lepas tgk org post kt facebook terus aku mendapat inspirasi utk membuatnya, maka aku petik la sumbernya dari fb.
Okey, jom tgk resepinya
Puding Triffle
Bahan2:
Kek Gulung (ikut suka nak perisa apa...aku suka coklat)
2 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
1 sudu besar gula
1 kotak kristal jeli
1 tin buah koktel (nak pakai buah segar pun boleh...strawberi ke...kiwi ke...ikut suka ye)
Cara2:
1. Potong dan susun rapat2 kek gulung dlm bekas dan ketepikan.
2. Dlm periuk, masukkan 1 tin susu cair dan 2 sudu besar tepung kastad. Kacau bg rata.
3. Masukkan satu sudu besr gula dan masak dgn api yg perlahan smpi jadi pekat dan x berketul.
4. Tuangkan ke atas kek tadi dan ratakan.
5. Taburkan buah koktel atau buah segar atas lapisan kastad tadi
6. Akhir sekali bancuh kristal jeli + air suam dlm satu mug (agak2 boleh menutup buah-buahan)
7. Kacau rata dan curahkan utk lapisan atas.
8. Simpan dlm peti sejuk semalaman.
Inilah hasilnya. Aku buat 2 versi....perisa rasberi & mango
Kalau nk pakai yg xde flavour pun ok...
Puding Triffle Rasberi |
Puding Triffle Mango |
Mmg marbeles makan puding ni nak2 dlm cuaca yg panas skrg ni.
Jom!! slurrphhhh!!!